ApachE

Sunday, August 1, 2010

Siapa lagi BIJAK?

Seorang C.E.O syarikat terkemuka berkata dengan salah seorang rakan niaganya.

'Mr.X, di negeri inilah awak boleh menjumpai budak-budak yang terbodoh di dunia'

Lalu Mr.X berkata...

'Kenapa awak berkata demikian?'

Tanpa membuang masa, CEO itu mengambil wang kertas RM10 dan wang kertas RM50 dari koceknya dan pada masa yang sama memangil seorang budak yang bermain di halaman rumahnya. Mr.X memandang kearah CEO itu dengan penuh rasa kehairanan. Kemudian, CEO tersebut menyuruh budak tersebut mengambil salah satu daripada wang yang disediakannya.

Hairannya, budak itu mengambil wang kertas RM10 dan berlari meningalkan mereka. Kemudian CEO tersebut berkata.

'Lihat! Walaupun ada duit yang lebih besar nilainya, budak di negeri ini tetap mengambil wang yang kecil nilainya, betapa bodohnya mereka! Sudah berulang kali saya melakukan perkara ini dan tiada siapa pun yang mengambil wang RM50 ini.'

Setelah selesai berbincang, Mr.X pun pulang kerumahnya. Dalam perjalanannya kerumah, dia ternampak budak yang mengambil wang dari CEO itu tadi. Mr.X memberhentikan keretanya dan bertanya kepada budak tersebut.

'Adik, kenapa kamu memilih unutk tidak mengambil wang RM50 yang diberi tadi dan memilih untuk mengambil wang RM10 pula?' tanya Mr.X dengan penuh rasa kehairanan.

Dengan selambanya budak tersebut menjawab.

Uncle, kalau saya mengambil RM50 tersebut, tentu permainan lelaki itu akan tamat dan dia tidak akan menyuruh kami memilih untuk mendapatkan wang RM50 atau RM10 lagi.

1 comment:

  1. Salam...

    Hahahaha....
    Ternyata budak itu sungguh bijak

    ReplyDelete