ApachE

Sunday, August 1, 2010

ADAU JANANG GAYUH... Perayaan Bisaya.. untuk semua..

penulis(bertopi kiri) bersama sepupu di gerai pameran belia.
Adau Janang Gayuh datang semula. Pasti ada diantara pembaca yang tertanya-tanya apa itu Adau Janang Gayuh dan apa kaitannya dengan bangsa Bisaya?. Untuk pengetahuan pembaca, Adau janang Gayuh merupakan satu perayaan tahunan kaum Bisaya di Sabah dan perayaan ini mula dirayakan sejak 7 tahun yang lepas. Perayaan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memajukan kaum Bisaya dan pekan Beaufort di samping untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bisaya di Sabah.

Pada 29,30 dan 31 ogos 2010 yang lepas, Adau Janang Gayuh diadakan di Kg.Lupak Beaufort dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.Banyak aktiviti yang diadakan sepanjang festival ini seperti acara lumba kerbau,pertandingan bergandang,acara menyediakan "ambuyat"(sagu) dan lain-lain lagi. Di harap, perayaan ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. 



antara peserta pertandingan bergandang(wakil kumpulan belia SETAMA)

pertandingan lumba kerbau

Datuk Joseph Pairin Kitingan bersama datuk LAjim Hj Ukin melawat gerai belia SETAMA
antara barangan yang dijual
I'm proud to be a Bisayan!

1 comment: