ApachE

Friday, August 6, 2010

Pink Lady.. mereka sebenarnya berilmu..

Isu Pink Lady atau lelaki lembut ini mulai kembali hangat diperkatakan. Layanan yang tidak adil kepada mereka dan masalah sosial yang ditimbulkan oleh mereka menjadi cerita-cerita PANAS di dada-dada akhbar. Malahan media seperti tv3 telah menyediakan satu laporan khas untuk mengetahui nasib pink lady,punca sesorang itu menjadi pink lady, dan cara kehidupan mereka.

Sekiranya difikirkan secara logik akal. Tiada sesiapa yang dilahirkan di dunia ini ingin untuk menjadi hamba seks. Lebih-lebih lagi, 'Seks Sejenis'.

Majoriti PINK LADY adalah dari golongan yang berilmu dan mempunyai keputusan sekurang-kurangnya DIPLOMA di dalam gengaman tangan mereka. Namun yang demikian, oleh kerana perwatakan mereka yang lembut dan lebih kepada unsur-unsur kewanitaan. Mereka sering dipinggirkan daripada sektor pekerjaan dan malah ada yang diberhentikan kerja walaupun mempunyai rekod pekerjaan yang cemerlang.

Ketiadaan dan kekurangan peluang untuk bekerja inilah yang menjadi salah satu faktor mengapa sang lelaki lembut ini tiada pilihan lain untuk mencari nafkah dan bersosial bersama masyarakat melainkan untuk mengabdikan diri sebagai hamba seks kepada sesiapa yang berminat.

Oleh yang demikian, sekiranya saudara-saudari sekalian terlihat atau mengenali golongan Pink Lady ini. Janganlah sesekali menghina mereka kerana tiada siapa pun di antara mereka yang ingin dilahirkan dalam keaadaan fizikal dan mental seperti mereka. TUHAN  MAHA BERKUASA..

1 comment:

  1. Yela orang lembut ni orang tak panggil lembut..sah sah orang panggil pondan...kesian sangat..tapi tulah mulut orang, patut bagi semangat, ni dok kutuk tak tentu pasal, bila pondan dah menyundal katala plak pondan tak bermoral, baling mulut dengan selipar baru tau..(lari...)!!!

    ReplyDelete